VS

5 PERBEZAAN, EMAS YANG DIJUAL DI PUBLICGOLD BERBANDING DI KEDAI EMAS BIASA. NO 4, RAMAI YANG TIDAK TAHU.

Dua tujuan asas pembelian emas

Untuk perhiasan

Untuk simpanan dan pelaburan.

1. Public Gold menjual emas untuk simpanan dan pelaburan.

Produk yang dijual di kedai emas seperti Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewels atau mana mana kedai emas biasa lebih bertumpu kepada menjual barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design barang kemas mengikut trend sekarang.

Manakala Publicgold pula lebih memfokuskan menjual emas pelaburan yang berbentuk Golbar dan Dinar. Emas jenis ini lebih sesuai untuk simpanan dan pelaburan serta dapat memaksimumkan keuntungan pada masa depan.

2. Kos upah

Bagi barang kemas, kos upah adalah tinggi berbanding emas pelaburan.

Sudah tentulah sebab barang kemas perlu dihasilkan mengikut design terkini . bagi sesetengah kedai emas, keuntungan mereka diperolehi dengan memanipulasikan kos upah. Sebagai contoh Kalau harga emas turun, mereka menaikkan kos upah, manakala kalau harga emas naik, mereka menurunkan kadar kos upah. Walaupun istilahnya kadang-kadang beri diskaun, sebenarnya tidak.

Oleh sebab Public Gold menjual Golbar dan Dinar, tiada kos upah yang dikenakan. Hanya kos premium(tetap yang dikenakan mengikut jenis produk. Premium ini adalah melibatkan kos penghantaran emas terus ke cawangan terdekat dengan anda.

Tambahan pula, sejak April 2014, semua barang kemas dikenakan GST%. Ini meningkatkan harga barang kemas. manakala emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association tidak dikenakan GST). Sebab itu emas pelaburan Publicgold seperti goldbar dan dinar ini lebih menguntungkan.

 

3.Public Gold Ikut Harga Emas Semasa Dunia. Kedai Emas Ikut Harga FGJAM

Untuk pengetahuan anda, kedai emas menggunakan harga yang dikeluarkan oleh FGJAM (Faderation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia).

Harganya lebih mahal dari harga emas Public Gold. Anda boleh bandingkan harga yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga Public Gold bagi 1 gram.

Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je sibuk umum di facebook. Di kedai emas pula, harga masih kekal – malah mereka tak tahu pun harga emas naik ke turun.

4.Jual Semula Emas Di Kedai Emas Memang Merugikan Orang Ramai

Public Gold menawarkan belian balik kepada semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas. Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas yang dibeli, boleh rujuk harga “PG Buy” di website Public Gold. Harga jualan semula emas Public Gold sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.

Kedai emas biasanya mengenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas anda tak kiralah gold bar ataupun barang kemas.

Di Brunei Darussalam jika jual semula emas di kedai, mereka akan tolak 40% hingga 50% dari harga semasa. Sekiranya gold bar ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih dikenakan.

 

5. Public Gold adalah perniagaan jual beli emas 24-jam.

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas dan dinar secara online 24 jam . Apa yang saya maksudkan adalah, anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda boleh “lock” harga dengan dealer Public Gold seperti saya pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada laman web www.publicgold.com.my.

Sekarang Public Gold juga memiliki apps yang boleh di download menerusi Android dan juga Apple Store.

S M Salim Bin Sharif
Double Star Master Dealer Public Gold
0135376006

S M Salim Bin Sharif

Berusia 34 tahun. Sudah berkecimpung dalam bidang emas ini sejak 2017. Merupakan Double Star Master Dealer. Sudah membimbing lebih 1000 penyimpan emas dan empayar berjumlah 5000 orang. Aktif berkongsi ilmu emas di Facebook dan Telegram Nota Poket Emas. Sangat komited untuk membantu mereka yang ingin baiki simpanan peribadi dan keluarga melalui simpanan emas
Tags:
Previous Post
Kempen Simpanan Emas Warga Pendidik Malaysia
Note Poket Dealership

KEMPEN SIMPANAN EMAS UNTUK WARGA PENDIDIK 2021

Next Post
AKAUN GAP
Akaun Gold Accumulation Program GAP

21 KELEBIHAN AKAUN GAP -GOLD ACCUMULATION PROGRAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *