7 perkara tentang DANA KECEMASAN

7 PERKARA TENTANG DANA KECEMASAN

Akhir lewat malam tadi, saya berjumpa seorang teman rapat. Kebiasaanya, apabila berjumpa dengannya, memang senyumannya melirik sepanjang. Tapi , malam tadi agak lain sedikit.

Mula-mula kami berkongsi tentang Ramadhan. Selepas beberpa minit, baru beliau memulakan ceritanya. Beliau ikuti rapat tulisan saya di Fb dan telegram tentang emas dan kewangan. Dan malam ini baru beliau terbuka hati untuk bertanyakan saya tentang emas sebagai dana kecemasan.

Katanya, dari segi pendapatannya kini mencecah 5 angka. Tetapi yang merunsingkan beliau adalah tiada langsung simpanan dana kecemasan walaupun 1000. Yang adapun hanya di KWSP. Sehingga beberapa minggu lepas beliau diuji dengan keluarga beliau. Dan dalam masa yang sama terjebak dengan scammer pinjaman wang mudah. Fuuuh, bagai jatuh ditimpa tangga.

Akibatnya beliau terpaksa meminjam kepada rakannya lain dan beliau akui dana KWSP yang beliau ada agak terbatas disebabkan proses yang lambat.

Kawan-kawan,

Dalam kes kawan saya ni,saya simpulkan bahawa kita kena faham beberapa perkara tentang dana kecemasan . Antaranya:

1. Dana kecemasan adalah untuk hal-hal kecemasan sahaja. Beli sport rim bukan termasuk dalam hal kecemasan. Beli beg tangan jenama Gucci pun bukan kategori kecemasan.

2. Dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Dan lebih baik jika ada 6-12 bulan gaji. Sebagai contoh jika gaji 2000. Dana kecemasan sekurang-kurang 6000 dalam bentuk mudah tunai.

3. Dana kecemasan mesti disimpan ditempat yang mudah untuk dikeluarkan. Tetapi kena ingat, apabila mudah sangat dikeluarkan , bahaya juga kan. Kena pilih instrument simpanan yang betul supaya simpanan tersebut mudah simpan dan tak mudah bocor.

4. Dana kecemasan boleh mula dikumpul sejak mula anda menghasilkan wang. Tak semestinya anda mula bekerja selepas bergraduan. Kalaupun masih belajar dan anda boleh hasilkan duit maka dari situ boleh mula.

5. Kalau dah bekerja tapi tiada dana kecemasan, saya cadang anda mulakan dengan hanya simpan 10% sahaja daripada gaji anda. Jika gaji 2000 mulakan dengan haya 200 sebagai simpanan. Biar sedikit berbanding tiada langsung.

6. Jika anda ada masalah nak simpan dalam bentuk wang ataupun anda bimbang wang simpanan anda bocor, alih dalam bentuk yang lebih selamat seperti emas. Sebab emas adalah asset yang mudah cair(tunai) dan mudah disimpan. Dan ramai dah berjaya menggunakan teknik simpanan ini

7. Apabila dana kecemasan kita sudah cukup, emosi kita lebih stabil. Bayangkan jika dana kecemasan yang kita ada sekarang ada 15,000. Jika ditimpa musibah, kita lebih bersedia dan tenang berbanding kalau kita langsung tiada dana kecemasa. Serabut perut kita tuan.

Bagi yang pernah alami kes-kes kecemasan,memang akui dana kecemasan ini sangat penting. Bank atau Ahlong bukan sumber kecemasan kita tapi neraka wang buat kita. Mulakan dengan menyimpan, bukannya mula dengan berhutang.

Dan kena ingat, ayah mak dan adik beradik kita juga bukan sumber dana kecemasa kita, mereka juga ada komitmen. Mereka juga perlu bersedia.

Selagi kita ada tulang empat kerat kita, cepat-cepat cukupkan dana kecemasan ini ye.

S M Salim Sharif, 19 April 2021

S M Salim Bin Sharif

Berusia 34 tahun. Sudah berkecimpung dalam bidang emas ini sejak 2017. Merupakan Double Star Master Dealer. Sudah membimbing lebih 1000 penyimpan emas dan empayar berjumlah 5000 orang. Aktif berkongsi ilmu emas di Facebook dan Telegram Nota Poket Emas. Sangat komited untuk membantu mereka yang ingin baiki simpanan peribadi dan keluarga melalui simpanan emas
Previous Post
photo_2021-04-28_01-47-48
PGJewell916

OFFER DEALERSHIP PG JEWEL

Next Post
KICKSTART (1)
GOLD IN TRANSIT

PANDUAN BUAT GOLD IN TRANSIT (PENGHANTARAN EMAS TERUS KE RUMAH / PEJABAT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *