Saya bukan dari keluarga yang berniaga.
Walaupun abah saya pernah memulakan perniagaan ikan dari rumah ke rumah tetapi disebabkan beberapa peristiwa yang kurang enak, akhirnya abah berhenti berniaga dan mula bekerja sebagai pekerja kilang sawit.
Mak saya pula seorang suri rumah. Semua hal rumah diuruskan oleh mak saya. Tambahan pula sejak abah saya bekerja kilag sawit ini, dia jarang ada dirumah. Oleh sebab kilang tersebut jauh dari rumah maka abah ambil keputusan untuk ulang hanya seminggu sekali sahaja balik ke rumah.
Semasa di sekolah rendah, saya pernah beberapa kali mengambil upah menjual. Saya pernah menjual Aiskrim malaysia di sekolah agama rakyat. Upahnya hanya sebatang aiskrim. Tapi puas. Sebab hasil jualan, saya dapat minuman percuma. Masa tu, pergi sekolah tiada bawa wang saku untuk berbelanja. Jadi mengambil upah menjual aiskrim ini saya kira berbaloi waktu tu.
Waktu hujung minggu pula, saya, abang dan abah akan mula menjaring ikan. Kadangkala kami menjala. Hasil tangkapan agak lumayan juga. Apabila terlalu banyak, abah akan minta kami menjualnya kepada orang kampung. Dari hujung kampung ke hujung kampung. kadang-kadang ada yang membeli, kadang-kadang ada yang memerli. Katanya” kalau ikan macam ni, makcik pun boleh tangkap “.Mula tu geram juga, tapi apabila kerap selalu jumpa, kami abaikan je.
Dalam ilmu bisnes, itu dipanggil Rejection. Apa langkah seterusnya?, kami teruskan dengan “next” “next””next” sehinggalah kami jumpa yang kata “ya” .
Hahah, nampak. Gigih saya kan. Menjual sehingga betul-betul ada pembelinya.
(Bersambung)
