photo_2021-04-28_03-02-56

Kisah saya bermula disini (Siri 1)

Saya mula kenal simpanan emas ini sejak 2014 lagi. Waktu tu, isteri  saya yang perkenalkan saya dengan emas ini. Masa tu, saya masih ingat 1 gram baru sahaja RM 143. Murah sangat jika nak bandingkan dengan harga hari ini yang dah cecah rm 257 se gram

Pada awalnya, saya simpan suka-suka. Tak konsisten pun. Duit yang saya alih pun adalah duit bonus. Itupun setahun sekali. Bayangkanlah, tahun 2014 saya mula, setahun kemudiannya pula saya tambahkan belian. waktu tu tiada ilmu kan. Rasa sayang sangat. Sebab tak konsisten. Harga pun masa tu murah sangat rasanya.

Masa tu tiada orang guide. Tiada buku nak dibaca. Tiada maklumat yang banyak. Tak macam sekarang, bersepah orang kongsi tentang emas. Nak atau  tak saja untuk mulakan. Lagipun mindset waktu tu masih lagi percaya bahawa emas ini hanya unutk orang perempuan. Lelaki tak perlu simpan emas.

Tapi, walaupun tak simpan emas, simpanan wang saya pun tak bertambah pun,. hahaha. Nampak tak? Ada wang pun tetap tak menyimpan. Saya masih ingat waktu tu, simpanan kecemasan langsung takde. 1000 pun takde. memang betul dah kajian BNM ni. Hampir 90% rakyat Malaysia tiada simpanan walaupun 1000 ringgit. Termasuk saya .

Harap kat isteri sahaja menyimpan.

Waktu tu pun banyak guna wang. Saya bekerja sebagai seorang Kaunselor di Kuching,Sarawak. Walaupun Kaunselor, tapi ilmu kewngan ini memang out la.

Kalau balik kampung tu mesti setahun 2-3 kali. Mana tak pokai. Tiket kapal terbang sahaja dah berapa. Dulu sorang-sorang. Sekarang dan berempat. Kos ulang alik naik kereta lagi rumah mertua, rumah kita. memang wang masa tu paras hidung je la. Dapat gaji memang habis guna.

Kadang-kadang sedih juga. Minta kat isteri keluarkan tabung simpanannya masa bujang untuk topup belanja. Malu, tak yah ceita la. Dah kahwin ni, memang terpaksa tebal muka. tapi, nasib baik isteri faham.

Betulla kata orang, isteri ini kalau dah sayang, sanggup berkorban untuk kita. Tapi kita jangan ambil peluang pula. Duit mereka tetap duit mereka. Dan waktu tu, saya cakap dengan diri saya, suatu ketika nanti akan saya gantikan semula duit isteri saya. Ini yang saya pendam sampai sekarang.

(Bersambung)

S M Salim Bin Sharif

Berusia 34 tahun. Sudah berkecimpung dalam bidang emas ini sejak 2017. Merupakan Double Star Master Dealer. Sudah membimbing lebih 1000 penyimpan emas dan empayar berjumlah 5000 orang. Aktif berkongsi ilmu emas di Facebook dan Telegram Nota Poket Emas. Sangat komited untuk membantu mereka yang ingin baiki simpanan peribadi dan keluarga melalui simpanan emas
Tags:
Previous Post
pengalaman-jual-aiskrim-malaysia
Nota Poket Kehidupan

Ini perniagaan saya yang pertama, upah hanya sebatang aiskrim (Siri 2)

Next Post
photo_2021-04-28_01-47-48
PGJewell916

OFFER DEALERSHIP PG JEWEL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *