1. Beberapa tahun lepas kecoh isu scammer menjual emas dengan pulangan 10%, 50% setiap bulan. Beli emas dapat deviden. Beli emas dapat return keuntungan berganda.

2. Masa tu, saya ingat hanya mereka yang duduk kampung dan tak berpelajaran sahaja yang kena tipu, tapi saya silap. Ada beberapa kelompok bijak pandai juga tertipu. Bukan seorang dua ya.

3. Bukannya sikit. Puluh ribu. Ratus ribu. Ada yang buat personal loan sebab dijanjikan pulangan tak masuk akal. Akhirnya ruyub. Labur jadi lebur. Emas dibeli tak dapat. Upline-upline yang dulukala hilang entah kemana.

4. Hari ini, scammer begini kena banteras. Biasanya mereka timbul apabila tahu harga emas mulai naik. Macam-macam model bisnes yang mereka buat untuk dapat untung.

5. Nak kenal mereka ini mudah sahaja. Fokus mereka pada model bisnes. Bukan pada emasnya. Padahal, logik akal untung emas pada emasnya. Pada nilai fizikalnya. Sebab itu, beli emas mesti dapat emas. Kalau beli emas dapat untung duit, itu sah geng scammer pelahap duit.

6.Bab emas ini tak diajar di sekolah. Di universiti. Sebab itu ramai yang mudah kena tipu. Nak belajar emas kena cari orang yang betul. Hampir 5 tahun dalam bidang emas ini, kami sentiasa update dan upgrade skill untuk ajar orang simpan emas dengan betul dan Selamat.

7. Daripada 1 team, kami bergabung dibawah 5G Associate. Kami bergabung untuk sama-sama bantu masyarakat diluar sana menyimpan emas dengan betul. Dengan selamat. Kami nak supaya ramai anak muda Celik emas. Kami mahu mak ayah luar sana simpan emas untuk pendidikan anak-anak. Kami mahu pasangan berkahwin mulakan hidup tanpa pinjaman bank, ahlong, pinjaman Kad kredit

8. Alhamdulillah. Tahun 2022 kami kembangkan empayar penyimpan emas kami. Doakan kami. Ini sesi mingguan kami. Weekly meeting bersama Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Guru kewangan dan emas dibawah Founder Council Publicgold. Kami serius membantu seramai mungkin menyimpan emas. Mohon doakan kami.

#5GAssociate
#GoldLeadershipTeam

https://t.me/NotaPoketEmas

 

S M Salim Bin Sharif

Berusia 34 tahun. Sudah berkecimpung dalam bidang emas ini sejak 2017. Merupakan Double Star Master Dealer. Sudah membimbing lebih 1000 penyimpan emas dan empayar berjumlah 5000 orang. Aktif berkongsi ilmu emas di Facebook dan Telegram Nota Poket Emas. Sangat komited untuk membantu mereka yang ingin baiki simpanan peribadi dan keluarga melalui simpanan emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *