Dulu, saya cakap kat isteri “Suatu masa nanti abang nak pastikan abang adalah salah seorang dI sana. Achiever. Ini bidang baru abang. Abang kena buat betul-betul”.
Isteri saya jawab “ InsyaAllah boleh bang. Boleh. Sayang bantu abang. Kita buat sama-sama”
Kata-kata isteri inilah antara penguat saya untuk teruskan bidang baru saya ni.
Sekarang dah 4 tahun bersama Public Gold. Lebih 1000 penyimpan emas bawah bimbingan saya. Empayar sudah mencecah 6000 orang.
Ada yang berjaya buat simpanan mencecah 500 gram. Ada yang berjaya buat simpanan 100 gram. Ada dalam tempoh setahun sahaja dah boleh simpanan 30K dalam bentuk emas. Alhamdulillah.
Menyimpan bukan untuk menjadi kaya tetapi sebagai langkah pertama baiki kewangan. Kewangan peribadi. Kewangan keluarga.

Baiki kewangan bukan jaminan kebahagiaan. Tapi salah satu strategi mencapai kebahagiaan. Bukan mengejar dunia semata tapi sebagai jambatan dunia menuju ke akhirat.Dengan ilmu, harta ditangan. Bukan di hati. Cukup masa, mereka yang menyimpan perlu bayar zakat. Semakin ramai membayar zakat, semakin ramai dapat manfaat. InsyaAllah.
Dan sekarang bukan lagi Achiever Award yang menjadi keutamaan, tapi impian kami nak lihat ramai orang Islam mampu berzakat. Bagi yang bukan Islam, mereka mampu menyumbang kepada orang sekeliling.
Bayangkan 6000 ini adalah pembayar zakat
2.5% x 85 gram x 258 : 548.20
548.20 x 6000 penyimpan : 3.29 juta
3.29 juta adalah penyumbang zakat untuk empayar saya ini. Subhanallah. Banyakkan. Dan pasti lebih ramai yang dapat manfaat.
Doakan tuan puan. Sempena Ramadhan kali.
Inilah impian kami. Memandaikan lebih ramai tentang kebaikan simpanan emas sehingga mampu mengeluarkan zakat.
9/10 sahabat Nabi SAW dijamin Syurga adalah orang kaya.
